Bukti Al-Quran Benar: Orbit Bumi & Matahari


Tahukah anda, bahawa fakta yang ada dalam al-Quran itu mendahului fakta sains kini?

Saya mengatakan al-Quran mendahului sains kerana:
  • Sains menemui teori tentang alam semesta dan bumi pada sekitar tahun 1300.
  • Tetapi teori tentang alam semesta dan bumi telah tertulis dalam al-Quran pada sekitar tahun 600, (1,400 tahun dahulu).

Kenapa fakta al-Quran tertulis dahulu berbanding fakta sains?
Ini kerana al-Quran adalah Firman/kata-kata Daripada Allah. Allah itu mengetahui apa yang akan terjadi.

BUKTI: Tentang Orbit Bumi & Matahari

Pada sekitar tahun 1500, sains telah menemui teori bahawa bumi, bulan, dan matahari bergerak di atas orbit masing-masing.

Manakala pada sekitar tahun 600, al-Quran telah tertulis bahawa bumi, bulan, dan matahari bergerak di atas orbit masing-masing.

Bukankah fakta al-Quran menjumpai teori ini terlebih dahulu berbanding fakta sains?

Ayat dalam al-Quran yang tertulis:

“Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” (Al Qur’an, 21:33)
Maksudnya: Allah yang mencipta kejadian malam dan siang, Allah juga mencipta matahari dan bulan. Matahari dan bulan itu beredar dalam orbit masing-masing.

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.” (Al Qur’an, 36:38)
Maksudnya: Matahari tidak berada dalam keadaan diam, tetapi matahari bergerak di dalam orbit yang telah ditentukan Allah.




--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen dibawah sahaja. Saya sedia untuk menjawab soalan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen di sini: