Bukti Al-Quran Itu Benar

Al-Quran atau Quran ialah kitab suci bagi umat Islam. Al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril yang diwarisi sampai ke zaman sekarang.Ayat-ayat dalam al-Quran merupakan Firman / Kata-kata daripada Allah. Al-Quran diturunkan pada 6 Ogos 610. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam al-Quran telah tertulis banyak perkara yang telah berlaku di dunia dan perkara yang akan berlaku di dunia. Selain itu, al-Quran juga telah menetapkan suruhan, peraturan dan larangan kepada manusia di bumi.
  • Contoh perkara yang telah berlaku ialah kisah-kisah kehidupan manusia pada zaman dahulu dan kejadian alam semesta.
  • Contoh perkara yang akan berlaku ialah akan berlakunya kiamat, iaitu bumi akan hancur.
  • Contoh suruhan, peraturan dan larangan pula ialah seperti cara jual beli, cara menguruskan wang, cara memberi nasihat kepada anak dan banyak lagi.

al-Quran juga telah menerangkan tentang kejadian alam semesta, matahari, bumi, langit, tumbuhan, manusia dan lain-lain. Contohnya:
  • Terdapat ayat al-Quran yang tertulis: "Dia menciptakan langit TANPA TIANG yang kamu melihatnya.." Maksudnya: Allah menciptakan langit tanpa menggunakan tiang. Langit yang tidak mempunyai tiang seperti kita lihat sekarang.
  • Manakala dalam Kitab Kristian pula tertulis: "Tiang-tiang langit bergoyang-goyang..." Maksudnya: Tiang yang mendirikan langit bergoyang.

Adakah langit mempunyai tiang? Tidak logik bukan?? Ini juga membuktikan bahawa al-Quran itu benar. Minta maaf, bukan untuk menghina, tetapi untuk membuktikan.

Jika ada 1 titik kesalahan kecil saja, maka boleh kita anggap bahawa kitab itu sudah tidak suci/benar lagi. Tetapi sehingga kini, belum ada lagi penemuan walaupun 1 titik kesalahan yang ditemui dalam al-Quran. Semua yang tertulis dalam al-Quran adalah logik jika difikir.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen dibawah sahaja. Saya sedia untuk menjawab soalan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment

Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen di sini: