Bukti Al-Quran Benar: Peristiwa Big Bang

Tahukah anda, bahawa fakta yang ada dalam al-Quran itu mendahului fakta sains kini?

Saya mengatakan al-Quran mendahului sains kerana:
  • Sains menemui teori tentang Peristiwa Big Bang pada sekitar tahun 1948.
  • Tetapi teori tentang Peristiwa Big Bang telah tertulis dalam al-Quran pada sekitar tahun 600, (1,400 tahun dahulu).

Kenapa fakta al-Quran tertulis dahulu berbanding fakta sains?
Ini kerana al-Quran adalah Firman/kata-kata Daripada Allah. Allah itu mengetahui apa yang akan terjadi.

BUKTI: Tentang Peristiwa Big Bang

Pada sekitar tahun 1948, sains telah menemui teori Big Bang, iaitu alam semesta ini bermula daripada satu titik. Titik itu telah meletup dan menyebabkan alam semesta berkembang luas.

Manakala pada sekitar tahun 600, al-Quran telah tertulis tentang Big Bang, iaitu alam semesta ini bermula daripada satu titik. Titik itu telah meletup dan menyebabkan alam semesta berkembang luas.

Bukankah fakta al-Quran menjumpai teori ini terlebih dahulu berbanding fakta sains?

Ayat dalam al-Quran yang tertulis:

“...... langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya......” [Al Anbiyaa:30]
Maksudnya: Dahulu langit dan bumi adalah satu / tidak berpisah. Kemudian Allah telah memisahkan kedua-duanya.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen dibawah sahaja. Saya sedia untuk menjawab soalan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comment:

  1. boleh saudara jelaskan tentang gambar rajah di atas?

    ReplyDelete

Terdapat soalan?
Jika ada, anda boleh komen di sini: